bahan2nya 250g mentega 3 biji telor 1 1/2 cawan tepong naik sendiri 3/4 cawan gula halus 1/2 cawan susu segar 1/2 camca besar esen vanila paper cups butiran bintang /gel untok hiasan
cara2
putar gula dgn mentega kemudian masokkan telor satu persatu hingga kembang dan kemudian tarok vanila.dgn speed yg perlahan buboh tepong di selang seli dgn susu segar hingga habis. kemudian sudukan adunan 2/3 penoh dlm papercup dan masak 10min dlm suhu 180c atau kekuningan
Sunday, November 8, 2009
ikan kembong >kite pakai ikan parang
1 sudu lada hitam
1 inci halia>kisar
2 biji bawang besar>kisar
lengkuas>ketok..kite blend jer semua ramuan di kisar bersama
bunga kantan>ketok... kite hiris semua bersama daun kesum
asam keping
garam dan gula
santan satu kotak kecil
cara: ikan di rebus dan dikisar lalu di asingkan tulang dan isi ... didihkan sampai ia mendidih lalu di masokkan bahan yg di kisar sampai semuanya sebatikemudian buboh bahan2 yg lain akhir sekali masokkan santan ... kite boh satu kotak kara jer... jika pekat boh air sedikit ikut kepekatan sendiri
untok hiasan kacang panjang ,daun kesum dan lada yg di kisar bersama sos ikan dan tidak lupa bunga kantan
cara: tumis bawang putih dan bawang merah dan halia buboh sekali sop bunjut setelah itu buboh rempah bone steak dan tomato puree kemudian setelah itu buboh kentang da air sedikit supaya kentang dan tulang empok dan perwarna merah dan garam serta gula ikut cite rasa sendiri setelah itu buboh kobis dan lada hijau sampai kuahnya pekat sedikit
Bahan Utama:- 125 g mentega 75 g gula aising 1 kuning telur 1 camca teh esen vanilla 225 g tepung gandum* 1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak) 335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel
Bahan Lain:- 300 g coklat masakkan (mat guna coklat masakan jenama "tulip") 1/2 camca besar lemak sayur Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan Paper cup saiz kecil secukupnya
Cara membuatnya:-
Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara...
Cara 1. Gaulkan butter, shortening dan gula sehingga lembut. 2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi. 3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi. 4. Buatkan sapeti bentuk bebola kecil dan susunkan dalam loyang 5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit 6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang. 7. Cairkan coklat putih cara double boiler dan celupkan biskut. 8. Masukkan biskut dalam paper cup. 9. . Hiaslah mengikut suka hati. 10. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara
CREAM COKLAT PUTIH Bahan 250 gm coklat putih 30 gm shoterning atau cocoa-butter
Cara1.Cairkan kedua-dua bahan dengan cara double boil sehingga semuanya cair. 2. Masukkan sedikit coklat putih dalam mangkuk kecil. 3. Celupkan biskut dan masukkan dalam paper-cup. Gunakan penyepit kecil. 4. Hiaskan dgn candy merah dan biarkan beku. 5. Simpan dalam bekas.
Untuk Inti: 100g daging lembu cincang 2 labu bawang besar - sederhana besar (dipotong) 1 ulas bawang putih (dikisar) 1 cm halia (dikisar) 1/2 camt serbuk 'allspice' 1/2 camt serbuk lada hitam (lebih bagus guna yang fresh dan ditumbuk) 3 bj telur secubit garam dlm int ini kite buboh lada merah dan hijau dan bawang sop semua ni hi potong dadu Hiasan: 2 helai daun salad - potong dua setiap helai hirisan timun cili sos tomato sos
Cara-Cara:
Untuk Inti: Pukul telur dengan lada hitam dan garam sehingga sebati dan asingkan. Campurkan daging lembu cincang dan bahan inti yang lainnya di dalam mangkuk yang berasingan.
Panaskan kuali dan goreng daging cincang yang sudah digaul - tanpa minyak (lembu cincang akan mengeluarkan minyak) sehingga campuran tadi akan kelihatan rangup dan airnya sudah kering. Sejukkan sedikit dan campur dengan campuran telur ,lada ,daun sop dan garam dan lada hitam yang sudah dipukul.
Untuk Melengkapkan Roti John:
Roti French Ini di belah dua memanjang terlebih dahulu. Setiap kepingan itu kemudiannya dipotong memanjang di tengah-seperti poket(bagi membolehkan inti diletakkan di tengahnya). Jangan diputuskan potongan tengah tersebut.Masukkan inti daging lembu cincang bersama campuran telur pukul dipoket yang telah dipotong dan juga ke seluruh permukaan roti.
Panaskan minyak di atas kuali leper atau jenis tidak-melekat (non stick). Tekapkan roti yang telah disapu dengan inti ke atas permukaan kuali. Tekan dengan tangan perlahan-lahan sewaktu di atas kuali untuk membolehkan ianya masak apabila berwarna coklat keemasan. Api yg digunakan adalah 'medium' sahaja.
Bila masak tekapkan kedua belah roti .
Cara menyediakan: Bila sejuk sedikit, masukkan daun salad dan potongan timun ke atas roti. Hidangkan bersama sos cili dan sos tomato.
Bahan-bahan: 250gm butter, dilembutkan pada suhu bilik 120gm icing sugar 2 biji kuning telur 440gm tepung gandum 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara: 1.Adun semua bahan sehingga menjadi doh. ( pukul sebentar butter & gula aising (kejap jer) pastu masuk telur & vanila.. pukul kejap.. pastu baru masukkan tepung & uli hingga jadi doh. 2. Gelek di atas papan sehingga setebal 5mm. Susun acuan tart di atas dulang dan tebarkan doh yg digelek tadi ke atasnya. Tekan ke atas acuan utk mendapatkan bentuk dan memotongnya. (step yg ni tak ikut.. tp terus tepek2 dlm acuan tart satu persatu.. pastu potong/kemaskan tepinya dengan pisau.) 3. Cucuk-cucuk dgn garpu dan bakar selama 20min atau sehingga kulit tart agak brownish pada suhu 175 drj cels. 4. Keluarkan dari oven dan tanggalkan pastri dari acuan dan biarkan sejuk.
Cara-cara: 1. Campurkan tepung gandum, tepung castard dan gula dlm satu mangkuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata. 2. Masukkan telur dan terus kacau lagi. 3. Masukkan selebih susu dan kacau sebati. 4. Masukkan dalam microwave dan masak dengan suhu tinggi sehingga pekat. Sesekali buka microwave dan kacau bancuhan supaya tidak berketul. 5. Apabila sudah likat..keluarkan dan masukkan mentega. Terus kacau hingga sebati. Tidak perlu masukkan semula ke dalam microwave
Step yg ni.. bila dah siap bancuh semua.. masak jer atas dapur dengan api yg perlahan hingga likat.. then baru masukkan mentega. Sejukkan kemudian masukkan dalam piping bag. Bila nak guna potong sikit bucu plastik piping bag tadi
BAHAN2 TAMBAHAN & HIASAN Coklat masakan secukupnya ~dicairkan cara double boiler(yg ni fungsinya supaya pastri tart tak mudah lemau, pecah atau berkecai semasa kita memegang atau makan sebab coklat masakan tu berfungsi menahan lembapan dari menyerap pada pastri.) Buah2an kegemaran masing2 apricot gel:cairkan apricot gel tu bersama sedikit air (dicairkan menggunakan double boiler seperti mencairkan chocolate tadi) Penyudahnya 1. Tuang sedikit coklat cair ke dalam kulit tart/pastri & sapu rata & biarkan sekejap hingga coklat mengeras. 2. Ambil kulit pastri/tart tadi & paipkan kastard hingga agak penuh. Susunkan buah2an kegemaran. Letakkan ke dalam mangkuk kertas.untok penyeri buahan2 tu sapukan apricot gel kat buah2an tu Sejukkan seketika dalam peti ais sebelum dihidangkan.
bawang merah - 6 ulas bawang putih - 3 ulas halia - 1 inci cili kering di blend - 3 tbspn tomato puree - 3 tbspn 5 biji kentang di potong wedges daging & daging ayam (dipotong) udang segar sedikit kicap
air secukupnya.. sedikit tepong jagong ( utk memekat kan kuah) sedikit taugeh, sayur sawi & tomato fresh.. garam & gula secukup rasa mee kuning atau spaghetti.
caranya :-
bawang merah, putih & halia di tumbuk, kemudian tumiskan diminyak
panas, bila dah kekuningan masukkan cili blend, kemudian tomato puree.
bila dah naik minyak...masukkan ayam & daging, bila dah nampak nak
kering boleh lah dimasukkan air lebih kurang 4 - 5 cawan. biarkan ia
mengelegak seketika...
barulah di masukkan udang, kentang dan kicap
biarkan ia mengelegak lagi..masukkan garam & sedikit gula...kemudian
masukan bancuhan tepong jagong mengikut kepekatan yg disukai..
bolehlah dimasukkan ....mee...tomato..sayur sawi..taugeh...dan akhir
Bahan2 nya Tepung gandum ikut citarasa pekatnya 250 daging tetel/daging pipi@lidah sedikit minyak untuk menumis garam dan serbuk perasa secukup nya gula timbang ..ikut rasa
4bijiTomato
Bahan Kisar
4 sudu makan taucho 4 sudu makan rempah kari daging 6 ulas bawang putih 10 ulas bawang merah sedikit lengkuas sedikit halia 2 batang serai 1 sudu besar udang geragau rebus 1 genggam ikan bilis basah di rebus 1 genggam kacang tanah yg di kisar Bahan2 Taburan
Telur rebus, tauhu goring,hirisan cili hijau, daun sop,dan bawang goring
Cara nya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang di kisar, sampai wangi dan masukan air rebusan, dan daging/tetel, kemundian masukan tepung yg dah campur kan dengan sedikit air , garam. dan serbuk perasa. Kalau hendak manis masukan gula.Akhir sekali bubuh tomato yg dipotong empathy.
Celurkan mee, dan taugeh. Bila sedia untuk menghidang masukan mee dan taugeh serta bahan taburan yang lain dan dan siramkan kuah mee rebus, sedap di makan ketika panas. .
campur gula ,shorterning dan yeast kering dlm mangkok yg berisi tepong pau
campor air yg sederhana panasnya sikit demi sikit hingga menjadi dough yg lembut.
biarkan sebentar biarkan dia naik dua kali ganda. setelah naik buboh inti di dlm adunan tadi dan bentokkan ia bulat .keudian tarok di atas potongan kertas atau daun pisang yg di potong empat persegi kecil .beri dia naik sekali lagi dan kemudian kukus ia 15 min lamanya. bila sudah masak jgn di buka terus tunggu 10min baru di buka tutup kukusan tu