Friday, September 28, 2012

NASI AYAM GORENG .

 salam dan berjumpa lagi.apa khabar semua yg singgah  walau sebagai pemerhati jer dlm ruangan ni.kali ini tak kemana2 cuma main masak2 jer kat rumah selain ke tempat kerje .kalai buat nasi ayam goreng versi mamasya yg sekarang duduk kat egypt ...memang sedap!!!
     



bahan-bahanya
1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*

Caranya ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair

Cara-Caranya:

Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.

ini nota dari Dapurmamasya;

Mama campur minyak sapi dg minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap. tapi untok nasi ni kite masak macam masak nasi biasa susunan ayamnya kite taruk di atas jer ..kerje nak senang jer hehehe
Utk sambal merah mama buat spt dibawah;


Sambal merah

Cili merah 5 biji
Bawang putih 1 ulas
limau nipis 3 biji
gula 1 sd kecil
garam 1 sd kecil
Tumbuk semua bahan.perasakan garamnya..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terima kasih atas kunjungan semua