Tuesday, November 2, 2010

mee maidin


Bahan-Bahan
1 kg mee kuning }
500 gm taugeh }...... dicelur bila hendak dihidangkan
Beberapa biji telur rebus - dibelah dua
2 atau 3 pokok daun salad - dihiris
Beberapa biji limau kasturi - dibelah dua
Lada hijau - dihiris
Daun sup daun bawang - dihiris
Bawang goreng
2 keping tahu digoreng, kemudian dihiris

Bahan-Bahan Untuk Kuah
250 gm udang hidup direbus dgn 600 ml air dan air rebusan jangan dibuang.
250 gm udang geragau rebus atau ikan bilis direbus
50 gm kelapa parut putih
15 tangkai lada kering }
8 ulas bawang merah }
8 ulas bawang putih } dikisar
1/2 cawan tepung gandum dikacau rata dgn 1 cawan air
1 cawan minyak untuk menumis
6-7 cawan air
garam, gula

Cara:

Udang rebus, udang geragau rebus atau ikan bilis rebus serta kelapa parut , dikisar halus dengan sedikit air rebusan udang. Setelah dikisar masukkan dalam mangkuk dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan rempah kisar sehingga garing. Kemudaian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan air. Masak hingga mendidih, masukkan adunan tepung, kacau rata. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa.

Semasa menghidang, letakkan mee dalam pinggan dengan taugeh diatasnya. Tuangkan kuah dan hiaslah dengan bahan taburan.


MEE MAHDIN (2)
(sumber : Puan Hjh Asfiah)
Bahan-Bahan
600 g mee kuning, dicelur dan ditoskan
300 g taugeh, dibuang akarnya dan dicelur serta ditoskan
5 biji lada merah, dihiris
5 biji lada hijau, dihiris
250 g daun salad, dihiris
3 keping tahu, digoreng setengah masak & dipotong kecil-kecil
5 biji telur ayam, direbus dan dibelah empat
2 sudu makan tepung gandum
1/4 biji kelapa parut, diperah 300 ml pati santannya
600 ml air sejuk
garam secukup rasa

Bahan-bahan (A):
(Digiling hulus, berasingan)
5 biji lada merah
5 biji lada hijau
300 g udang geragau basah
1/4 biji kelapa parut yang dibuang kulit arinya

Bahan-bahan (B):
(Dihiris halus dan digoreng garing)
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih

Cara:
1. Campurkan bahan-bahan A di dalam periuk. Tambah 600 ml air sejuk serta garam secukup rasa. Kacau rata-rata. Jerang di atas api yang perlahan. Bubuh pula tepung gandum dan santan, dikacau lagi lalu dibiarkan mendidih.

2. Untuk menghidangkannya, bubuh sedikit mee dan taugeh di dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya. Daun salad, tahu, lada merah, bawang goreng, lada hijau dan telur ditabur di bahagian atasnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terima kasih atas kunjungan semua