Monday, January 25, 2010

cream puff

Bahan-bahan
Bahan-Bahan: 250gm air 100gm margerin 200gm tepung gandum 6 biji telur 1/2 sudu teh esen vanila. Untuk Cream Durian: 2 biji durian ( ambil isi nya) 1 kotak kecil whipped cream

Cara-cara Masukkan marjerin + air + esen vanila hingga mendidih sebentar di atas api, kemudian tuangkan tepung gandum dan kacau hingga ia sebati. Lalu angkat. Dengan menggunakan mixer, putar adunan hingga sejuk baru masukkan telur satu persatu hingga pes menjadi pekat. Gunakan nozzel untuk membentuk puff.Bakar selama 15-20 minit pada suhu 200 .. Untuk membuat Cream Durian: Dengan menggunakan mesin Kisar , kisar isi durian (Jangan terlalu halus) Pukul whipped cream sampai kembang, lalu masukkan isi durian yang terlah dikisar dan kacau hingga ia sebati. Lalu masukkan cream durian tadi didalam puff(Belahkan puff untuk masukkan cream durian)

ikan terobok bakar



ikan goreng bertepong



opor nangka




OPOR DAGING

Bahan
1 kg daging [hirskan nipis dan bersihkan]
1 biji kelapa [4 cawan santan]
2 s/b kerisik
1 s/b gula perang atau gula merah lembut [soft brown sugar]
3 s/b rempah kari daging *
1 s/k jintan manis ] gaulkan *
1 s/k jintan putih ] *
3 keping asam keping
minyak
nangka yg di rebus
garam
* boleh digantikan dgn rempah opor

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin & rempah opor yg digaulkan dan kacau rata.
3. Masukkan daging,nangka dan kacau rata sehingga nampak naik minyak.
4. Masukkan santan dan biarkan reneh denagan api yg kecil sehingga mendideh dan daging lembut.
5. Masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik dn kacau lagi. Biarkan naik minyak.
6. Hidangkan dengan nasi putih/minyak atau ketupat atau pulut kuning.

Friday, January 15, 2010

tiramisu


Bahan A
20 sponge finger 284ml double cream
500gm mascarpone cream
1/2 cawan gula icing
3 sudu besar esen vanilla

Bahan B
3 sudu besar nescafe
1 sudu besar coffee
1 sudu besar serbuk coklat
air suam tuk melarutkan bhn B

Bahan C
Serbuk coklat utk taburan setiap lapisan

CARA:
1. Pukul double cream hingga kental (stiff peak)
2. pukul mascarpone cream, gula icing,dan esen vanilla hingga sebati
3. gabungkan adunan double cream dgn adunan mascarpone tadi hingga sebati
4. Campur Bhn B dgn air,kacau hingga larut
5. masukkan biskut tadi ke dlm adunan Bhn B tadi,celup dan angkat - JGN RENDAM LAMA.nanti biskut hancur.masukkan ke dlm bekas tiramisu
6. lapiskan setiap lapisan dgn adunan tiramisu tadi,hingga menutupi biskut dan taburkan serbuk coklat di setiap lapisannya dgn menggunakan penapis teh
7. siap di hidang selepas 8 jam di dlm peti ais utk rasa lebih sedap.paling kurang 5 jam."

Thursday, January 7, 2010

sop ekor


dukiaidah: "SUP EKOR
1/2 kg ekor lembu
2 biji kentang - potong kecil
2 biji tomato - belah 6
1 labu bwg besar - belah 6
saderi - potong kecil
carrot - potong bulat
air secukupnyer
garam + gula
1 rempah bunjut adabi

lemon juice (ikut suke)

bhn tabur: bwg goreng, daun sup or coriander & sambal kicap

bhn kisar:
6 ulas bwg merah
2-3 ulas bwg putih
1 inchi halia
1 s/b lada hitam

CARA:
1. tumiskan bhn2 kisar sampai wangi..
2. buh air...masukkan ekor + bunjut..rebus sampai hampir empuk
3. pastu masukkan kentang & bhn2 perasa, lemon juice..
4. dah empuk br buh saderi, tomato, carrot, bwg besar & biarkan seketika sampai betui2 lembut...
5. hidang bersama bhn2 tabur & sambal kicap"

pizza


dukiaidah : "PIZZA AYAM
resepi: minami133@myresepi.com via shima uk recepi

200 gm tepung roti
1 sudu gula
sedikit garam
1 sudu kecil yis
125 ml air
1 sudu butter
1 sudu susu tepung

bhn2 utk topping :
** 2 keping dada ayam
** 2 ulas bawang putih
** serbuk lada sulah
** mayonis
** sos cili dan sos tomato
** cheese
** mixed vegetable ( boleh juga diganti dgn button mushroom dan pineapple)
** black pepper

CARA:
1. bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
2. canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.

utk topping:
1. bawang putih dicincang2.
2. masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. goreng sehingga kekuningan.
3. kemudian masukkan isi ayam yg telah dicincang2. goreng sehingga masak. masukkan garam dan serbuk lada sulah.
4. Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato.ratakan sos keseluruh bahagian.
5. tabur ayam yg digoreng tadi di atas kulit piza dan juga mixed vegetable atau button mushroom dan pineapple. taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
6. masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan panas-panas!"

Tuesday, January 5, 2010

kek brownies with ice cream


Bahan Untuk Brownise :-)
45 g mentega
1 biji telur gred A
65 g gula kastor
1/2 camca teh esen vanilla
50 g tepung*
1/2 camca teh baking powder*
1 camca besar serbuk koko*(*digaul rata dan diayak)
ice cream vanila
sos chocolate buat hiasa

Cara membuatnya :-)

UNTUK BROWNISE :- Panaskan oven pada suhu 190C. Lenser springform pan berukuran 18 cm ( guna acuan 8 inci) dengan mentega. Ketepikan. Pukul mentega, gula dan vanila (jika guna) hingga putih. Masukkan telur dan terus memukul hingga kembang. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sediki hingga habis, gaul rata. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga 12 - 15 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan kek sepenuhnya ."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terima kasih atas kunjungan semua