Wednesday, December 28, 2016

Chocolate cheese lava berhantu

assalammualaikum 
dah lama download recepi ni tapi baru hari ni nak tayangkan .. rasanya dah lama basi heheheh .
jom kite lihat kek yg dikatakan berhatu .. berhantu di malaysia je rasanya di singapura tak nampak pun bayangnya mungkin di singapura hantunya sembunyi kot 

CHOCOLATE CHEESE LAVA BERHANTU
Dapat ilham  dari blog masam manis @puan azlita
Rujukkan : Chef Asma Nordin
KEK CHOCOLATE MOIST
1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
2 biji telur Gred A
Telur di pukul dengan wisk
Ketepikan
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
Satukan semua bahan kering dan ayak
Ketepikan
* Jika kek ini hendak di bakar sebaiknya gunakan UHT Whipping Cream untuk dapatkan kek yang lebih moist. Bakar dengan kaedah steam bath untuk dapatkan kek yang lembab
* Jika kek ini hendak di kukus sebaiknya gunakan fresh milk atau susu cair.
Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.
Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..
Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje...
tutup api.
Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ ( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang  ~ jika kek di bakar
Susun bekal aluminium dalam kukus
Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak
Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna
     
Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese
KRIM CHEESE
250 gm Cheese
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh pes lemon ~ jika suka ( dalam gambar tak ada )
Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati
Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental.
* Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul
COKLAT LELEH
250 gm coklat masakkan gelap
250 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
1 sudu besar butter
1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella ( dalam gambar tak ada )
1 sudu teh esen vanilla ( dalam gambar tak ada )
Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk
Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk.
Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan
Biarkan coklat mencair
Tambahkan esen vanilla dan gaul rata
Biarkan sejuk
Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya
Potong kek kepada 2 kepingan ( jika nak buat cheese di tengah )
Ambil sedikit cheese ( dalam 2 sudu besar)  dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek.
Kek yang telah di potong di letakkan cheese
Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese
Ratakan cheese di atasnya
Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit
Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh
Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi.
Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair
Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit
Sedia di nikmati
Apa tunggu lagi...
Jom kita menjamu selera..
Wow!
Lelehan coklat dan cheese... yang yummy!
Emmm..... sedapnyaaa...
Kek coklat yang sangat moist.. rasa yang sangat kaya dengan coklat
Cheese yang sangat yummy!
Terbenam gigi bila mengigitnya..
Rasa coklat yang sangat mewah!
Lelehan coklat dengan haruman vanilla dan Hazelnut yang nenusuk ke kalbu..
ya Allah.. hebat anugerah kurniaan Mu..
tida siapa mampu menidakkannya..
Memang berhantu!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terima kasih atas kunjungan semua