Sunday, May 15, 2011

kueh kaswi

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )


BAHAN A :-)

350 g gula melaka (mat guna 300 g)

240 g gula pasir

450 ml air

2 helai daun pandan, disiat dan simpul

BAHAN B :-)

190 g tepung gandum*

120 g tepung ubi*

60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)

900 ml air

2 camca besar air abu (alkaline water)

3/4 camca besar air kapur

1 camca besar pewarna coklat

BAHAN C :-)

1 cawan kelapa parut putih

Secubit garam

Cara-cara 1.Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan. 2.Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk. 3.Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak. 4.Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C. 5.KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum.. Tag

soft cheese cake

Bahan-bahan ( 8-inci )



Bahan A:


250g cream cheese


50g butter


100 ml susu segar (fresh milk)


6 biji kuning telur


1 sdb jus lemon


1/4 sdk garam


60g tepung kek / tepung superfine


20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)


Bahan B:


140g gula (granulated sugar)


6 biji putih telur


3/4 sdk jus lemon


Cara-cara 1.Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj). 2.Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). 3.Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek. 4.Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje). 5.Ni kek yg baru siap bakar, ter-over golden brown sket hihi (oven buat hal jap, signal kena beli oven baru kot adehhh kantoiii).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terima kasih atas kunjungan semua