Friday, January 31, 2014

GONG XI FA CAI ... the lunar new year



   selamat tahun baru cina buat semua yg berbangsa cina

                       

29 january 2014
nak cite sikit sebelom cina raya ni ada celebrate sikit kat rumah sempena hari jadi anak yg sulong tu tuti nurdiani ... buat kecil2 je cuma potong kek dan makan roti canai cicah kari ayam itu jer ... senang punya kerje ,kek pun buat yg very the simple jer

Monday, January 13, 2014

SELAWAT MAULIDUR RASUL

Nabi Muhammad s.a.w. telah dilahirkan pada tanggal 12
Rabi`ul Awal bersamaan tahun 570 Masihi. Kelahiran Baginda
membawa rahmat buat sekalian alam. Baginda diutus untuk
mendidik umat manusia akan kesempurnaan akhlak yang
mulia pada semua peringkat; sama ada di dalam kehidupan
berkeluarga ataupun bermasyarakat.
Sesuai dengan sifat Baginda s.a.w. sebagai rahmat buat sekalian
alam, Baginda s.a.w. amat prihatin dengan apa yang berlaku di
sekelilingnya. Bersempena itu, Rasulullah S.A.W menyebutkan
di dalam mutiara hadithnya:
“Seorang Muslim apabila bergaul dengan manusia dan
bersabar dengan keburukan (cabaran) mereka adalah lebih
baik daripada Muslim yang tidak bergaul dengan manusia
dan tidak bersabar dengan keburukan (cabaran) mereka”
(Riwayat Imam At-Tarmidzi).


Thursday, January 2, 2014

DOA KU DI TAHUN 2014

assalammualaikum
tak lambatkan mengucapkan selamat tahun baru buat muslimin dan muslimat yg ku kenali
tiada gambar makanan atau jln2 ku yg ada doa untok ku dan untok tahun ni dan seterusnya yg ku persembahkan

doa ku untok tahun 2014 dan seterusnya .
"ya allah ! perbaiki lah hubungan antara kami ,lembutkanlah hati2 kami,tunjukkanlah kami jalan yg baik,selamatkanlah kami dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan jauhkan lah kami dari perkara buruk sama ada yg zahir atau batin .
ya allah! berkatillah kami di pendengaran kami,penglihatan kami ,hati2 kami suami /isteri kami dan zuriat kami .terima lah taubat kami,sesunggohnya engkau maha menerima taubat dan maha penyayang.jadikanlah kami org yg bersyukur atas nikmatmu.memujinya menyebutnya dan lengkapkan lah nikmatmu ke atas kami"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terima kasih atas kunjungan semua