Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

NUT`S BRITTLE ... BEPANG KEKACANG

assalammualaikum selamat berjumpa lagi pada kawan2 yg di sayangi selalu,
terima kasih singgah ke blog yg tak seberapa ini . saja nak share recepi dan share pengalaman ke tempat2 yg di kunjongi kami sekeluarga.jom kali ni nak share recepi biskut bepang kekacang dgn you all :)
                         

biskut ni dulu selalu org buat dgn kacang tanah dan bijan saja sekarang org sekarang tak berapa gemar dgn kueh tu sekarang di commercialkan kueh ni dgn menukarkan kekacangnya ke kacang kegemaran mereke

kelmarin cuba google kat blogger2 yg selalu di google terjumpa satu artical pasal buat kueh bepang tu soooo apa lagi kite try lah banyak yg blogger2 yg mengunakan gula jer untok kueh ni tapi yg satu ni lain cikit dia guna tepong florenta jadi kite try lah google kat mana tepong ni di jual sebaik jumpa kat kedai bakery di sebelah giant kedai hak milik melayu ...syukrannn kite kata heheheheh



nut brittle / bepang kekacang
rujukkan dari blog  masam manis
bahan2nya
200 gm tepung golden Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
50 gm gajus (di belah dua)*optional ..kite beli jer yg dah masak
10 gm bijan hitam
10 gm bijam putih

cara2nya
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna..kite boh dlm plastik lepas tu goncang  heheheheh

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.






setakat ini kite dah buat dua bungkus tepong florenta tu satu yg biasa dan satu dgn trademark golden dua2 sedap ..boleh lah buat kudapan petang dan masa senang tapi jgn makan banyak2 tau boleh kene kencing manis ye!!!! tapi kite buat nipis2 sikit jadi tak lah terasa manisnya ... boleh dapat banyak kepingggg heheheh kalau dah penat makan jual jer kat jiran2 kasi preeee


ok lah setakat ini jer cerita ku buat semua..chaooo!!





Thursday, October 11, 2012

CLEARING STOCK.....SILK WORM TART tart nenas

assalammualaikum wahai teman2 yg di kasihi walau hanya saja2 menjengah jer :) terima kasih banyak2 .


terasa rindu kerana tak mengupdatekan blog ni ...biasa lah kite ni terlalu bz jer heheheheh .hari ni takder rancangan apa2 walau hari ni tak berkerje .

hari ni saja nak updatekan gambar kueh tart ...menghabiskan stock raya puasa kelmarin ...saja untok  buat makan petang .









recepi ni di ambil dari recepi kawan kat kerje ...siti rubiah ,thanks ye siti memang sedap lembut2 texture kulit tart ni .



bahan2nya

500g butter salted
50g minyak sapi 1 biji telor + 1 kuning telur
perwarna kuning kalau nak 1 kilo tepung
sedikit chocolate chip wat hiasan

cara2nya
semua adunan di campur sampai menjadi doh lau di citak atau di gulung ikut suka bentukkan ikut suka ..kite buat seperti ulat sutra ...cantikkan?

ok lah sampai di sini kite kene gerak sekarang nak sambong kemas rumah ...sambil buat kueh bulan lagi untok pemintaan kakak ipar farhana dan anak sedara shafiah yg kebetulan nanti raya haji balek sg ..bye   assalammualaikum!!!










Tuesday, August 31, 2010

oatsmeal raisin cookies


Makes about 5 dozen
  • 3 cups old-fashioned rolled oats
  • 1 cup all-purpose flour
  • 2 tablespoons all-purpose flour
  • 1/2 cup toasted wheat germ
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon ground cinnamon
  • 1/2 teaspoon coarse salt
  • 1 cup (2 sticks) unsalted butter, softened  same as 226.81 gram
  • 1 cup granulated sugar
  • 1 cup packed light-brown sugar
  • 2 large eggs
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  • 1 1/2 cups raisins

Directions

  1. Preheat oven to 350 degrees. Stir together oats, flour, wheat germ, baking soda, baking powder, cinnamon, and salt in a large bowl; set aside. Put butter and sugars in the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment. Mix on medium speed until pale and fluffy, about 5 minutes. Mix in eggs and vanilla. Reduce speed to low. Add oat mixture; mix until just combined. Mix in raisins.
  2. Using a 1 1/2-inch ice cream scoop, drop dough onto baking sheets lined with parchment paper, spacing 2 inches apart. Flatten slightly.
  3. Bake until golden and just set, about 14 minutes. Let cool on sheets on wire racks 5 minutes. Transfer cookies to racks using a spatula; let cool completely. Cookies can be stored in airtight containers at room temperature up to 3 days.

Read more at Marthastewart.com: Oatmeal Raisin Cookies Recipe - MarthaStewart.com

Tuesday, March 9, 2010

tart nanas


Bahan-Bahan:
250gm Butter SCS
2 sudu besar susu pekat manis F&N
1 sudu besar minyak sapi ghee
sedikit garam halus
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
sedikit vanillin


500gm tepung gandum (atau kurangkan sedikit untuk kelembutan)
sedikit baking powder
4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit vanilla
sejuring limau nipis
daun pandan
Cara:
Pukul bersama butter, susu, minyak sapi, garam hingga sebati. Masukan telur dan vanillin pukul lagi akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul hingga sebati dan lembut.
Jem Nenas:
Parut nenas dan jangan dibuang airnya. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla dan limau nipis. Kacau tanpa henti hingga likat.

Monday, September 14, 2009

almond london


Bahan Utama:-
125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel

Bahan Lain:-
300 g coklat masakkan (mat guna coklat masakan jenama "tulip")
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
  4. Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara...

Tuesday, September 1, 2009



BISKUT HAZELNUT BALLS
Bahan
200 gm butter
50 gm shortening
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm hazenut kisar ]
260 gm tepung gandum ] gaulkan rata
100 gm tepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
manik hiasan

Cara
1. Gaulkan butter, shortening dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk bebola kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat putih cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup.
9. . Hiaslah mengikut suka hati.
10. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara

CREAM COKLAT PUTIH
Bahan
250 gm coklat putih
30 gm shoterning atau cocoa-butter

Cara1.Cairkan kedua-dua bahan dengan cara double boil sehingga semuanya cair.
2. Masukkan sedikit coklat putih dalam mangkuk kecil.
3. Celupkan biskut dan masukkan dalam paper-cup. Gunakan penyepit kecil.
4. Hiaskan dgn candy merah dan biarkan beku.
5. Simpan dalam bekas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terima kasih atas kunjungan semua