Wednesday, July 10, 2013

NASI ARAB HADRAMAUT .. salam satu ramadhan


assalammualaikum hari ini hari pertama berpuasa ... sebelum melanjutkan cerita dan recepi di bulan puasa ni ... saya nak ucapkankan selamat menyambut ramadhan bulan yg suci lagi barakah ni dan selamat berpuasa.






untok hari pertama kite masak nasi arab yg dah lama di idamkan tapi baru sekarang mencubanya dari recepi kawan kite yg dok mesir tu mamasya http://dapur-mamasya.blogspot.sg/2012/06/nasi-arab-hadramaut.html


ini lah hasilnya dgn juadah yg lain seperti dalca dan salatah .. salatah ni pun dari recepi mamasya juga >1st time trail gitu bukan apa nak try masakan arab gitu heheheh
Resepi Nasi Arab Hadramaut
oleh;Dapurmamasya

Bahan2 utk ayam dan nasi
2 ekor ayam saiz sed tidak terlalu besar - bersih dan potong 2 atau 4 sahaja
5 cawan beras basmati khas utk nasi hadramaut - 1 kg anggaran dlm 5 @5.4 cwn (bergantung pd saiz cwn yg digunakan). beras ni kuning sikit dan asal dari Pakistan,dari Indiapun boleh, mungkin di Msia boleh guna beras basmati Pusa atau Kashmir.
air secukupnya - 1 cwn beras sukatan; 1 1/2 cawan @ 2 cwn air bergantung kpd jenis beras
1 biji tomato saiz kecil yg masak - potong dadu
2 biji labu bawang besar saiz kecil - potong bulat
1 biji lada hijau - potong besar. tambah kalau nak pedas

*Rempah A - utk masukkan terus dalam air rebusan ayam
5 biji buah pelaga, 3 bay leaf,3 btg kulit kayu manis, 5 cengkih, 1 sb ketumbar(debu)/tumbuk,1 sb lada hitam debu(boleh tambah kalau nak pedas),1 sb jintan putih(debu)/tumbuk.

**Rempah B - utk ditumis kemudian.
sukatan sama spt di atas.

1/2 sb serbuk za'afaran - warna kuning mcm serbuk kunyit
1 sk serbuk mellah farolah - warna merah. kedai rempah cadangkan boleh juga guna babrik- boleh ganti pewarna merah
1/2 cawan minyak jagung

Cara
1. Air disukat dlm periuk dan direbus terlebih dahulu.sukatan air dg beras 1 cwn beras bersamaan 2 cwn air atau 1 1/2 cwn air bergantung kpd jenis beras yg digunakan. Bila mendidih barulah dimasukkan ayam.(Ayam yg byk direbus buat air stok rebusan lagi sedap)
2. 1 labu bwg besar dipotong bulat dan buah tomato dimasukkan dlm periuk ayam.
3. Masukkan *rempah A ke dlm periuk
4.Kacau sedikit rempah yg telah dicampurkan dlm air rebusan. Tutup periuk dg tudung.Rebus ayam dalam 1/2 jam dgn api yg sederhana kuat.
5.Selepas 1/2 jam, keluarkan ayam dr periuk.Susun ayam dlm bekas.ketepikan dulu.
6. Masukkan **rempah B yg digunakan., 1 labu bawang besar dan cili hijau(ni ikut kepedasan) dlm periuk lain/kuali.
7.Kemudian barulah diisikan 1/2 cwn minyak masak dan goreng rempah sampai bawang kekuningan.
8.Masukkkan bahan2 yg ditumis dlm periuk air rebusan tadi.masukkan garam secukupnya.kacau.
10. Cuci beras sampai bersih. gosok2 dg tangan....beras ni kuning sikit warnanya
11.Biarkan air mendidih. Masukkan beras dlm periuk air stok/rebusan ayam tadi.
12. Masukkan sikit serbuk za'afaran dan mellah farolah/pewarna merah.
13. kacau rata sekejap.biarkan mendidih.tudung periuk dan perlahankan api, nasi dimasak dg api sederhana sahaja sampai hampir masak.
14. Nasi hampir kering. kacau sekali lagi nasi.
15. Campurkan 1/3 cawan air dg baki serbuk za'afaran.tuangkan air bercampur perwarna kuning ke atas nasi, diletakkan bersilang secara X atas nasi.
16. biarkan seketika.tak perlu tutup tudung periuk.
17. kemudian baru dikacau rata nasi dg garpu atau chopstick.biarkan sekejap.
18. Nasi dikacau lagi. nasi dah hampir masak.tutup periuk dg aluminium foil utk bagi nasi masak, barulah tutup dg tudung periuk.boleh tutup api.biarkan seketika.
(edit sukatan rempah A & B dan sikit step no 6&7- 9.6.2012)

Cara-cara masak ayam
1. Ayam disusun dlm dulang utk bakar. Percikkan atas ayam dg sedikit air sejuk. panaskan oven/grill api atas - mama guna suhu 200' C.
2.Lumurkan ayam dg sikit garam yg telah bercampur mellah farolah(serbuk pewarna merah).Lumurkan juga bhg bawah,keseluruhannya.
3.Ayam siap diletak garam dan mellah farolah. masukkan dlm oven, grill sekejap sbb ayam sudah masak,ayam dibalikkan...guna api atas dlm 20-30 utk bagi kuning.
untok nasi ni oleh kerana stock beriani takder kite pakai beras biasa je dan untok kaleringnya pula kite pakai perwarna kuning dan sedikit merah saja.kat singapura ni mana ada mellah farlah dan
serbuk za'afaran kalau ada pun mahal gilaaaa.macam safron tu :D
 
salatah
Cara untuk sos salatah
Bahan2 utk salatah : buah tomato masak, cili hijau(ikut kepedasan masing2) dan sedikit bawang putih. tambahkan air, garam. Kemudian blender sekejap.

                                                               soleha and her friends



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terima kasih atas kunjungan semua