Wednesday, August 5, 2009

fruits tart


Bahan-bahan:
250gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
120gm icing sugar
2 biji kuning telur
440gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1.Adun semua bahan sehingga menjadi doh. ( pukul sebentar butter & gula aising (kejap jer) pastu masuk telur & vanila.. pukul kejap.. pastu baru masukkan tepung & uli hingga jadi doh.
2. Gelek di atas papan sehingga setebal 5mm. Susun acuan tart di atas dulang dan tebarkan doh yg digelek tadi ke atasnya. Tekan ke atas acuan utk mendapatkan bentuk dan memotongnya. (step yg ni tak ikut.. tp terus tepek2 dlm acuan tart satu persatu.. pastu potong/kemaskan tepinya dengan pisau.)
3. Cucuk-cucuk dgn garpu dan bakar selama 20min atau sehingga kulit tart agak brownish
pada suhu 175 drj cels.
4. Keluarkan dari oven dan tanggalkan pastri dari acuan dan biarkan sejuk.

CASTARD
Bahan-bahan:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung castard
8 sudu makan gula
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 sudu makan mentega

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard dan gula dlm satu mangkuk. Campurkan 2
sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan terus kacau lagi.
3. Masukkan selebih susu dan kacau sebati.
4. Masukkan dalam microwave dan masak dengan suhu tinggi sehingga pekat.
Sesekali buka microwave dan kacau bancuhan supaya tidak berketul.
5. Apabila sudah likat..keluarkan dan masukkan mentega. Terus kacau hingga sebati.
Tidak perlu masukkan semula ke dalam microwave

Step yg ni.. bila dah siap bancuh semua.. masak jer atas dapur dengan api yg perlahan hingga likat.. then baru masukkan mentega. Sejukkan kemudian masukkan dalam piping bag. Bila nak guna potong sikit bucu plastik piping bag tadi

BAHAN2 TAMBAHAN & HIASAN
Coklat masakan secukupnya ~dicairkan cara double boiler (yg ni fungsinya supaya pastri tart tak mudah lemau, pecah atau berkecai semasa kita memegang atau makan sebab coklat masakan tu berfungsi menahan lembapan dari menyerap pada pastri.)
Buah2an kegemaran masing2
apricot gel:cairkan apricot gel tu bersama sedikit air (dicairkan menggunakan double boiler seperti mencairkan chocolate tadi)

Penyudahnya

1. Tuang sedikit coklat cair ke dalam kulit tart/pastri & sapu rata & biarkan sekejap hingga coklat mengeras.
2. Ambil kulit pastri/tart tadi & paipkan kastard hingga agak penuh. Susunkan buah2an kegemaran. Letakkan ke dalam mangkuk kertas.untok penyeri buahan2 tu sapukan apricot gel kat buah2an tu Sejukkan seketika dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terima kasih atas kunjungan semua