Thursday, June 30, 2011

kek sarang semut aka kek nomanis



110 gram gula pasir


120 ml air

30 gram mentega

3 biji telur gred "A"

80 gram susu pekat manis

90 gram tepung gandum*

1 1/4 camca teh soda bikarbonat*(*gaul rata dan ayak)

1/2 camca teh baking powder * (gaul rata dan ayak)



CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 x7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak (i guna fan oven, so suhu oven dikurangkan jd 150C).

2. Masak gula pasir hingga menjadi gula hangus, guna api sederhana. Perlahan2 tuangkan air tadi..berhati2 sebab gula akan memercik. Kacau rata dan masukkan mentega, biar mentega larut. Sejukkan.

3. Putar telur hingga berbuih. masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati.

4. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit.

5. Putar rata, tuang gula hangus tadi dam gaul rata. Perap adunan tadi 2-3 jam..

6. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Uji kek dengan mencucuk lidi sate, bila keluar bersih, tanda kek telah masak. Keluar dan dari acuan dan biar sejuk sebelum dipotong

vanila cupcake

brownies cupcakes

BAHAN BROWNIES :-) 




250 g mentega

1 cawan serbuk koko

1/2 cawan susu cair

1 1/2 cawan gula halus

3 biji telur gred B

1 1/2 cawan tepung gandum*

1 camca teh baking powder*

1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)

1 camca teh esen vanilla


2.UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata . Tuang kedalam cupcakes tabur kepingan badan di atas, bakar 25 - 30 minit 160deg atau hingga brownies masak.


Thursday, June 16, 2011

cheese cake


Bahan base biskut:
100g biskut marie, dihancurkan (ku guna 80g oreo diblend sampai hancur dalam blender rempah)
100g butter, dicairkan (ku guna 40g je. Kalau guna 80g juga macam terlalu berminyak)
*Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.


Bahan cream cheese:
250g cream cheese, suhu bilik
65g whipping cream (ku guna fresh cream yang sudah dikocok kaku. Kes baki deco kek sebelum ni)***
30g gula kastor (ku kurangkan jadi 20g)
3 kuning telur Gred A
1/2st esen vanila
1/2st jus lemon/lemon oil (ku guna limau kasturi)


30g gula kastor
3 putih telur Gred A
1/4st cream of tartar (optional)


200g blueberry filling (ku terpaksa guna buah samak sal stock blueberry
abis
gelatin halal
sedikit air panas


Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. (kalau base biskut menggelembung sedikit, ratakan balik dengan belakang sudu).


2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana (ku guna whisk telur je).


2. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.


3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Pastikan tiada walaupun secubit/setitik pun kuning telur atau minyak dalam putih telur sebelum memukul. Kalau tak 'meringue'- nama putih telur yang dipukul kaku ini- tak jadi. Kalau ada sedikit kuning telur, boleh dibuang dengan sudu).


4. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese (stage ini boleh kasar sikit sampai tak nampak jalur/streaks putih telur). Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali.


5. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar (kalau tak nanti nampak lubang-lubang di atas atau di dalam kek bila sudah masak)


6. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah) untuk 1 jam (ku buat 55 minit, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan)


7. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.




Bila nak gantikan whipping cream dengan fresh cream atau yoghurt?


***Masa ni ku tak ada stok UHT whipping cream, cuma ada fresh cream/non-dairy whipping cream. Pula tu sudah dipukul kaku (baki decoo kek sebelum ni). Sebab kek ni guna kaedah meringue dan bukannya masukkan keseluruhan (sebiji-sebiji) telur sekali gus dalam adunan, masa bakar tu tak jadi masalah. Adunan cream cheese pun jadi lebih gebu dan ringan, dan kek tak turun secara mendadak bila tengah sejuk.


***Sebelum ni ada cuba resepi lain, guna fresh cream yang dah dipukul kaku untuk gantikan whipping cream (yang sepatutnya masih dalam bentuk cecair). Dalam resepi tu ada tulis, masukkan telur sebiji demi sebiji, tanpa asingkan putih dan kuning telur. Kemudian masukkan whipping cream (yang masih dalam bentuk cecair). Dan ku gantikan dengan fresh cream yang dalam bentuk kaku. Hasilnya? Kek naik semasa tengah masak dan turun secara mendadak tak lama kemudian dalam oven. Contoh kek ada di sini.


***Kesimpulannya, nak ganti whipping cream dengan fresh cream boleh, cuma tengok resepi dulu. Kalau resepi tu guna kaedah meringue (putih dan kuning telur diasingkan dulu), boleh guna fresh cream yang sudah dipukul kental/kaku untuk gantikan whipping cream. Tak jadi masalah sebab udara dalam meringue akan sebati dengan fresh cream yang dipukul kental/kaku tadi. Kalau resepi menyatakan guna whipping cream( dalam bentuk cecair), boleh gantikan dengan fresh cream yang dalam bentuk cecair (bukan bentuk kental). Tak pun ganti dengan yoghurt je, sebab tujuan guna whipping cream/fresh cream/yoghurt/sour cream/dll. terutama dalam cheesecake serta menggunakan kuantiti yang banyak adalah sebagai thickening agent (agen pemekat). Kalau resepi cuma guna 2-3sb je rasanya tak ada masalah ganti dengan susu segar/sejat, cuma adunan mungkin lebih cair nanti.

apam pelangi


Bahan-bahan
• 2 biji telur
• 1 sudu teh ovellet
• 1/2 sudu teh esen vanila
• 150 gm tepung gandum
• 150 gm gula halus - hana cume buh 90g je
• 125 ml santan kara
• 1 sudu teh baking powder
• garam secubit
• pewarna




Cara-cara
• Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
• Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
• Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
• Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak

Thursday, June 9, 2011

cream puff

CREAM PUFF
(Sumber : Sweetlilly Kitchen)
Bahan utk kulit
70 gm marjerin
140 gm tepung gandum red ross (kita guna gandum biasa aje cap sauh)
4 biji telur
200 ml air
1/4 sudu garam
1 sudu teh perisa vanilla

Caranya:
1. Masak air dgn garam, bila dah menggelegak, masukkan marjerin.
2. Bila marjerin cair, masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati . Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan.
4. Bila betul2 sejuk, masukkan ke dalam mesin adunan, campurkan vanilla dan telur. Putar hingga kembang.
5. Bila sudah kembang dan sebati masukkan dalam piping beg, kalau hendak senang bulatkan dgn sudu pun boleh.
6. Panaskan oven 180C dan bakar selama 15- 20 min atau hingga masak kembang.
7. Sebelum bakar kak rus spray dulu air di permukaan cream puff tu.
8. Bila dah masak, angkat dan belah. (Bubuh inti)

kole-kole

kueh kole2
resepi dari Sazlyna Ramly

Bahan-bahan :
500 gm tepung kacang hijau
30 gm gula melaka (dimasak dengan 1 cawan air ditapis dan disejukkan)
450 gm gula pasir
1 kampit santan (fresh coconut) dijadikan tahi minyak
1 kampit santan (fresh coconut) dijadikan 1800 ml untuk dijadikan santan cair
3 sudu makan color brown (sarsapella liquid) garam secukup rasa
1 biji telur
Peraturannya :
1. Campur semua bahan kecuali tahi minyak.
2. Jadikan satu adunan ini didalam kuali kacau rata hingga sebati dan
pekat.
3. Masak diapi yang sederhana, senantiasa dikacau supaya tidak bergentel, terus kacau hingga adunan menjadi kilat dan berminyak, Adunan ini dikacau selama 30 hingga 40 minyak hingga adunan tanak.
4. Bila sudah kelihatan berminyak masukkan didalam loyang ratakan dan taburkan tahi minyak. Sejukan dan boleh dipotong mengikut cita rasa.

sambal belacan nenas

5 biji cili merah
1/2 keping belacan bakar
nenas secukopnya sedikit gula dan garam

cara membuatnya
cili ditumbuk bersama belacan  sehingga lumat.setelah itu masukkan nenas sedikit di lecek-lecekkan .kemudian tambahkan garam dan gula secukupnya sambil di gaul sama rata.


kalau untok mangga
mangga harus di hiris2kan caranya serupa dgn cara2 membuat sambal belacan nenas.

Wednesday, June 1, 2011

kaswi

300g tepong


60g tepong sagu

1 sudu tepong beras

1 sudu hongkwee

250 g gula melaka

125g gula pasir

1 sudu teh kapo

perwarna cokolat warna cokolat seperti coco

1240ml air

daun pandan



gul pasir dan gula melaka di cairkan dgn air

sukat air tu 1240ml

bancih kapo garam dan tepong

anggaran 40 min ia itu sampai kental kalau pakai mangkok lebihkan air 250mlm dlm 15/20 min.



setelah sejok baru potong

kelapa anpa kulit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terima kasih atas kunjungan semua