Thursday, August 13, 2009
roti john
Untuk Inti:
100g daging lembu cincang
2 labu bawang besar - sederhana besar (dipotong)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1 cm halia (dikisar)
1/2 camt serbuk 'allspice'
1/2 camt serbuk lada hitam (lebih bagus guna yang fresh dan ditumbuk)
3 bj telur
secubit garam
dlm int ini kite buboh lada merah dan hijau dan bawang sop semua ni hi potong dadu
Hiasan:
2 helai daun salad - potong dua setiap helai
hirisan timun
cili sos
tomato sos
Cara-Cara:
Untuk Inti:
Pukul telur dengan lada hitam dan garam sehingga sebati dan asingkan.
Campurkan daging lembu cincang dan bahan inti yang lainnya di dalam mangkuk yang berasingan.
Panaskan kuali dan goreng daging cincang yang sudah digaul - tanpa minyak (lembu cincang akan mengeluarkan minyak) sehingga campuran tadi akan kelihatan rangup dan airnya sudah kering. Sejukkan sedikit dan campur dengan campuran telur ,lada ,daun sop dan garam dan lada hitam yang sudah dipukul.
Untuk Melengkapkan Roti John:
Roti French Ini di belah dua memanjang terlebih dahulu. Setiap kepingan itu kemudiannya dipotong memanjang di tengah-seperti poket(bagi membolehkan inti diletakkan di tengahnya). Jangan diputuskan potongan tengah tersebut.Masukkan inti daging lembu cincang bersama campuran telur pukul dipoket yang telah dipotong dan juga ke seluruh permukaan roti.
Panaskan minyak di atas kuali leper atau jenis tidak-melekat (non stick). Tekapkan roti yang telah disapu dengan inti ke atas permukaan kuali. Tekan dengan tangan perlahan-lahan sewaktu di atas kuali untuk membolehkan ianya masak apabila berwarna coklat keemasan. Api yg digunakan adalah 'medium' sahaja.
Bila masak tekapkan kedua belah roti .
Cara menyediakan:
Bila sejuk sedikit, masukkan daun salad dan potongan timun ke atas roti. Hidangkan bersama sos cili dan sos tomato.
Subscribe to:
Posts (Atom)