Monday, February 8, 2010

kuzi ayam/daging

Bahan
daging /ayam
200 ml susu cair
50 gm rempah kuzi
5 biji cili merah
2 biji tomato buah [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
50 gm kismis
150 gm sos tomato
200 ml minyak
garam
kunyit

Bahan Mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah

Cara
1. daging / ayam goreng setengah masak
2. Gunakan separuh minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan daging /ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih atau roti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terima kasih atas kunjungan semua