Showing posts with label kueh traditional. Show all posts
Showing posts with label kueh traditional. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

PUTRI SALAT @ seri muka


selamat berjumpa lagi kali ini recepi yg famili gemari ...putri salat aka seri muka .rasanya dah banyak buat kueh ni tapi biasa lah belah toppingnya tak berapa  menarik  ..kekadang lembik dan kekadang terlalu keras ...yg ni sedang2 aje ...sedang2 aje heheheheh...jom! lihat recepi nya kite pakai hana memories...thanks ye hana sharing the recepi ni ...memang secocok dgn tekak kite ni  ..kureng manis :)




recepi dari hana`s family

Bahan-bahan
Lapisan Bawah

250g beras pulut - rendam semlman
1/2 sk garam

170ml santan cair
Daun pandan simpul....stock takder
1/2sk gula -

Cara-cara
Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar. (hana guna tips kak.hanieliza gunakan loyang spring form dan alas dengan plastik wrap)


Bahan-bahan

Lapisan Atas

150g isi durian * optional
125g gula...kite pakai 65g jer
3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat (hana buh 200ml santan pekat + 175ml air)
secubit garam
Sedikit pewarna biru




Cara-cara
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.







gambar ni di petik dua hari yg lalu ..masa bawa raiyaan dan soleha ke tuti frutti



*untok bancohan yg tiada durian ...kite pakai blend jer semua lepas tu tapis atas adunan pulot yg sudah masak

 ok lah setakat kali ini recepi kali ini  ..lain kali recepi yg lain pula ye ...chaow!!

Sunday, September 23, 2012

WITH CHILDREN ... TRADITIONOL MOON CAKE



selamat berjumpa lagi buat kali ini jalan2 bersama anak2 ke johor saja untok penuhi pemintaan anak2 makan KFC dan cuci mata di pasar malam






Ingredients for the skin

240 grams  golden syrup 
75 grams cooking oil 
1/2 tsp baking soda 
1/2 Tbsp alkaline water 
300 grams superfine flour


Method

Combine golden syrup, cooking oil, baking soda and alkaline water in a bowl and mix well.
Slowly add the superfine flour to the liquid, using your hand to mix the ingredients well. The dough will be sticky like taffy.
Wrap the dough in plastic wrap and set aside for at least 3 hours and up to 3 days.
Making Traditional Mooncake Skin Dough

If you’re planning to use salted egg yolks in your filling, you need to separate the yolks from the whites, then steam the yolks for 10 minutes over medium-low heat. Let the yolks cool before using.

Enclose the egg yolk in lotus seed paste filling (how much? It depends! See Tip #2 below). Take some of the dough for the skin and form a disc, then gently but firmly push the skin dough around the filling. Check often to see if there are any breaks in the dough.
Preheat the oven to 200 degrees C.
Press the ball of dough and filling with the mooncake mold to impart the design. Set the molded cake on a greased tray.
Bake for 10 minutes, then remove from the oven to cool for 10 minutes.
Lightly brush the top and sides of the cake with an egg yolk wash.
Return the tray to the oven and bake for another 8 minutes at 200 degrees C.
Remove cakes from the oven and cool.


selamat mencuba
memang berbaloi kalau buat sendiri kueh bulan ni kalau beli kat luar memang mahal dan susah ada yg halal 

                                                                                                       
                                                                                      

Thursday, July 26, 2012

RAMADHAN KE 6 ..TALAM CHACHA NANGKA

salam ramadhan ...dgn cara ringkas  meletakkan recepi kueh talam chacha  bernangka .
recepi sendiri reka heheheh

partB
lebihan chacha yg semasa masak bubur chacha kalau ada kalau tak rebus je sepacket  cha cha tu  kasi lembut.

300 ml santan
65 g tepung beras
1 camca teh tepung gandum
55 g gula halus
1/4 camca teh garam

part A
60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan*
beberapa isi nangka di kisar halus


Bancuh semua bahan A kecuali chacha, kacau rata dan tapis, masukkan chacha dan gaul rata. Tuang ke dalam tin dan kukus selama 15 minit.

UNTUK KUIH SERI MUKA/PUTRI SALAT :- Tuang bancuhan tadi atas puding chacha tu dan sambung mengukus selama 40 minit - 1 jam. Bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel yang bersih untuk mengelakkan wap menitik atas kuih atau tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Gunakan api sederhana kuat semasa mengukus. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong...
  
                                                                                                                       

Wednesday, July 11, 2012

NEW HOUSE ....ANG KU KUEH

assalammualaikum friends walau setakat lalu jer alhamdullilah dan 10Q pada kawan2 .kali ni nak menceritakan tentang gather2 ahli keluarga di rumah baru anak sedara sebelah kakak yg kebetulan hari tu kami sekeluarga dapat menghadiri hari sejarah buat mereke sambil menyambut hari jadi anak bungsunya martin.


                                                                                                                



 
ramai juga tetamu yg hadir pada hari tu mungkin kebetulan dua minggu lagi akan menyusul ramadhan buat umat islam untok berpuasa mungkin tu agaknya ramai yg buat majlis kenduri kawin dan macam2 jenis keramaian biasa lah org kite katakan heheheheh
     







selalunya hanya masa hari raya jer kami dapat bergather2 macam ni .masing2 selalunya terlalu sibuk untok luangkan masa untok bergather2.dalam hati ingin nak buat gather2 sebelom puasa ni ...masing2 bawa potluck dan sembang2 di satu tempat yg mungkin tak dapat di lupakkan...harap menjadi rancangan tu ...tunggu ye.





sebelum menghadiri majlis tu ,sempat juga aku buat kueh traditional org melaka itu yg kawan2 ku kata tempuhari ...ANG KU KUEH


adopt from  Fatboo .

Ang Ku Kueh Skin:

370ml water
red food colouring
490g glutinous rice flour
185g cooked sweet potato (mashed)
5 tbsp caster sugar
1 tsp salt
2.5 tbsp peanut oil
1-2 banana leaves, rinsed and wiped dry
oil for greasing
10g glutinous rice flour (to dust the mould)
.
- Add red colouring to water until it’s a deep red colour
- Measure out 370ml of this red-water mixture and set aside for use, discard the rest
- Mix all the ingredients together and knead, adding water bit by bit, until you get a smooth dough
- Keep the dough in its bowl, covered with a wet tea towel to prevent drying out

- To assemble, flatten a piece of dough to about 0.5cm thickness
- Put a ball of filling in the centre and wrap skin over the filling, sealing the edges together
- Roll lightly between the palms to smoothen the surface
.
- Lightly dust the Angku mould with glutinous rice flour
- Flour your hands and dust the dough as well
- Gently press the filled ball of dough into the mould
- Knock mould against the table to dislodge the Angku and tap it out onto your hand
- Place Angku on a lightly greased banana leaf
- Steam over low-medium heat for 8-10 mins, or until the ang ku are a deep glistening red, opening the lid halfway to depressurise briefly.
- Allow to cool, then brush lightly with oil so they will not stick together
* The Ang Ku Kueh can be kept without refrigeration for up to 3 days. If they’re refrigerated, steam them again for 5 mins before serving.

* If you don’t own a mould, just steam it as a flattened ball and pretend you’re attending a male newborn’s  (first month celebration). :)





Thursday, June 16, 2011

apam pelangi


Bahan-bahan
• 2 biji telur
• 1 sudu teh ovellet
• 1/2 sudu teh esen vanila
• 150 gm tepung gandum
• 150 gm gula halus - hana cume buh 90g je
• 125 ml santan kara
• 1 sudu teh baking powder
• garam secubit
• pewarna




Cara-cara
• Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
• Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
• Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
• Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak

Thursday, June 9, 2011

kole-kole

kueh kole2
resepi dari Sazlyna Ramly

Bahan-bahan :
500 gm tepung kacang hijau
30 gm gula melaka (dimasak dengan 1 cawan air ditapis dan disejukkan)
450 gm gula pasir
1 kampit santan (fresh coconut) dijadikan tahi minyak
1 kampit santan (fresh coconut) dijadikan 1800 ml untuk dijadikan santan cair
3 sudu makan color brown (sarsapella liquid) garam secukup rasa
1 biji telur
Peraturannya :
1. Campur semua bahan kecuali tahi minyak.
2. Jadikan satu adunan ini didalam kuali kacau rata hingga sebati dan
pekat.
3. Masak diapi yang sederhana, senantiasa dikacau supaya tidak bergentel, terus kacau hingga adunan menjadi kilat dan berminyak, Adunan ini dikacau selama 30 hingga 40 minyak hingga adunan tanak.
4. Bila sudah kelihatan berminyak masukkan didalam loyang ratakan dan taburkan tahi minyak. Sejukan dan boleh dipotong mengikut cita rasa.

Wednesday, June 1, 2011

kaswi

300g tepong


60g tepong sagu

1 sudu tepong beras

1 sudu hongkwee

250 g gula melaka

125g gula pasir

1 sudu teh kapo

perwarna cokolat warna cokolat seperti coco

1240ml air

daun pandan



gul pasir dan gula melaka di cairkan dgn air

sukat air tu 1240ml

bancih kapo garam dan tepong

anggaran 40 min ia itu sampai kental kalau pakai mangkok lebihkan air 250mlm dlm 15/20 min.



setelah sejok baru potong

kelapa anpa kulit

Sunday, May 15, 2011

kueh kaswi

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )


BAHAN A :-)

350 g gula melaka (mat guna 300 g)

240 g gula pasir

450 ml air

2 helai daun pandan, disiat dan simpul

BAHAN B :-)

190 g tepung gandum*

120 g tepung ubi*

60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)

900 ml air

2 camca besar air abu (alkaline water)

3/4 camca besar air kapur

1 camca besar pewarna coklat

BAHAN C :-)

1 cawan kelapa parut putih

Secubit garam

Cara-cara 1.Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan. 2.Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk. 3.Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak. 4.Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C. 5.KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum.. Tag

Friday, August 6, 2010

bingka roti

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor
100 g mentega, dicairkan
1/2 camca teh garam
300 g roti putih, didadu
200 g tepung gandum
1 liter santan (atau 500 ml santan + 500 ml susu cair)
200 g jangung krim dalam tin

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terima kasih atas kunjungan semua