Showing posts with label cheese cake. Show all posts
Showing posts with label cheese cake. Show all posts

Wednesday, December 28, 2016

Chocolate cheese lava berhantu

assalammualaikum 
dah lama download recepi ni tapi baru hari ni nak tayangkan .. rasanya dah lama basi heheheh .
jom kite lihat kek yg dikatakan berhatu .. berhantu di malaysia je rasanya di singapura tak nampak pun bayangnya mungkin di singapura hantunya sembunyi kot 

CHOCOLATE CHEESE LAVA BERHANTU
Dapat ilham  dari blog masam manis @puan azlita
Rujukkan : Chef Asma Nordin
KEK CHOCOLATE MOIST
1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
2 biji telur Gred A
Telur di pukul dengan wisk
Ketepikan
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
Satukan semua bahan kering dan ayak
Ketepikan
* Jika kek ini hendak di bakar sebaiknya gunakan UHT Whipping Cream untuk dapatkan kek yang lebih moist. Bakar dengan kaedah steam bath untuk dapatkan kek yang lembab
* Jika kek ini hendak di kukus sebaiknya gunakan fresh milk atau susu cair.
Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.
Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..
Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje...
tutup api.
Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ ( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang  ~ jika kek di bakar
Susun bekal aluminium dalam kukus
Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak
Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna
     
Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese
KRIM CHEESE
250 gm Cheese
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh pes lemon ~ jika suka ( dalam gambar tak ada )
Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati
Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental.
* Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul
COKLAT LELEH
250 gm coklat masakkan gelap
250 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
1 sudu besar butter
1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella ( dalam gambar tak ada )
1 sudu teh esen vanilla ( dalam gambar tak ada )
Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk
Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk.
Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan
Biarkan coklat mencair
Tambahkan esen vanilla dan gaul rata
Biarkan sejuk
Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya
Potong kek kepada 2 kepingan ( jika nak buat cheese di tengah )
Ambil sedikit cheese ( dalam 2 sudu besar)  dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek.
Kek yang telah di potong di letakkan cheese
Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese
Ratakan cheese di atasnya
Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit
Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh
Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi.
Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair
Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit
Sedia di nikmati
Apa tunggu lagi...
Jom kita menjamu selera..
Wow!
Lelehan coklat dan cheese... yang yummy!
Emmm..... sedapnyaaa...
Kek coklat yang sangat moist.. rasa yang sangat kaya dengan coklat
Cheese yang sangat yummy!
Terbenam gigi bila mengigitnya..
Rasa coklat yang sangat mewah!
Lelehan coklat dengan haruman vanilla dan Hazelnut yang nenusuk ke kalbu..
ya Allah.. hebat anugerah kurniaan Mu..
tida siapa mampu menidakkannya..
Memang berhantu!!

Thursday, September 12, 2013

OREO BLUBERRY CHEESE CAKE ... wallah!!


   selamat berjumpa lagi kali ni hanya  gambar dan recepi kek keju buat anak2     di rumah sempena cuti2 sekolah gitu

oreo bluberries cheese cake
ingredients

350g oreo original cookies
80g melted butter
375g softened block philadelphia cream cheese
1/2 cup castered sugar
1 tsp vanilla
1 cup whipped cream
3 tsp powdered gelatine, dissolved in 1/4cup boiling water
200g white chocolate, melted, cooled slightliy*
blueberry/strawberries*optional and broken oreo bits for decoration

 *to melt chocolate
break chocolate in pieces, melt in a heat-proof bowl over a saucepan of simmering water and stir using a metal spoon

Method
1.Process 250 g oreo cookies into fine crumbs. Mix in butter. Press the mixture into a lined 18cmx28cm lamington tin and refrigerate for 30 mins.
2.Beat philly cheese, sugar and vanilla with an electrical mixeruntil smooth, then beat in cream, gelatine mixture and white chocolate.
3.Roughly chop remaining cookies and stir through the filling, then pour over the oreo base. Refrigerate 3 hours or until set. Cut into slices and add decorations.

                                               oreo bluberry cheese push pop

untok push pop ni so far so good boleh wat gift untok teachers day  ,children day or may be menu birthday party gitu .. okkan .
 ok lah setakat ini jer lah wadah hari ini ..jumpa lagi ..bye!!

Saturday, June 23, 2012

PHILLY OREO CHEESE CAKE ...WALLAH!!

salam dan jumpa lagi.kali ini menceritakan tentang kueh yg dah lama idamkan cuma masa jer yg tak menentukan untok buat kek cheese ni . anak2 pun selalu tanya bila ibu nak buat kek ni .biasa lah bahannya ada chocolate dan oreo katakan....sedapkan



biasa lah selalu buat dgn buah2an supaya kek tu tak memuakkan jadi kali ini aku buat mengunakan oreo dan chocolate putih .recepinya pun dapat masa ti jln2 kat ite di tempat nurra sekolah ,masa tu menghadiri majlis untok semesta kedua .masa jln2 tu ternampak recepi ni di dlm kedai runcit kebetulan untok iklan cream cheese philadelphia .so apa lagi aku ambil satu kertas recepi tu kat kedai tu. rasanya dah dua bulan ku simpan baru sekarang aku buat...ok juga ringkas dan senang.





total time: 3 hours
serving: 15                   

ingredients
350g oreo original cookies
80g melted butter
375g softened block philadelphia cream cheese
1/2 cup castered sugar
1 tsp vanilla
1 cup thickened cream
3 tsp powdered gelatine, dissolved in 1/4cup boiling water
200g white chocolate, melted, cooled slightliy*
strawberries and broken oreo bits for decoration

 *to melt chocolate
break chocolate in pieces, melt in a heat-proof bowl over a saucepan of simmering water and stir using a metal spoon

Method
1.Process 250 g oreo cookies into fine crumbs. Mix in butter. Press the mixture into a lined 18cmx28cm lamington tin and refrigerate for 30 mins.
2.Beat philly cheese, sugar and vanilla with an electrical mixeruntil smooth, then beat in cream, gelatine mixture and white chocolate.
3.Roughly chop remaining cookies and stir through the filling, then pour over the oreo base. Refrigerate 3 hours or until set. Cut into slices and add decorations.



so  sedap kata bebudak kat rumah  jap ada jap tak der gitu

Thursday, June 16, 2011

cheese cake


Bahan base biskut:
100g biskut marie, dihancurkan (ku guna 80g oreo diblend sampai hancur dalam blender rempah)
100g butter, dicairkan (ku guna 40g je. Kalau guna 80g juga macam terlalu berminyak)
*Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.


Bahan cream cheese:
250g cream cheese, suhu bilik
65g whipping cream (ku guna fresh cream yang sudah dikocok kaku. Kes baki deco kek sebelum ni)***
30g gula kastor (ku kurangkan jadi 20g)
3 kuning telur Gred A
1/2st esen vanila
1/2st jus lemon/lemon oil (ku guna limau kasturi)


30g gula kastor
3 putih telur Gred A
1/4st cream of tartar (optional)


200g blueberry filling (ku terpaksa guna buah samak sal stock blueberry
abis
gelatin halal
sedikit air panas


Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. (kalau base biskut menggelembung sedikit, ratakan balik dengan belakang sudu).


2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana (ku guna whisk telur je).


2. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.


3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Pastikan tiada walaupun secubit/setitik pun kuning telur atau minyak dalam putih telur sebelum memukul. Kalau tak 'meringue'- nama putih telur yang dipukul kaku ini- tak jadi. Kalau ada sedikit kuning telur, boleh dibuang dengan sudu).


4. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese (stage ini boleh kasar sikit sampai tak nampak jalur/streaks putih telur). Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali.


5. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar (kalau tak nanti nampak lubang-lubang di atas atau di dalam kek bila sudah masak)


6. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah) untuk 1 jam (ku buat 55 minit, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan)


7. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.




Bila nak gantikan whipping cream dengan fresh cream atau yoghurt?


***Masa ni ku tak ada stok UHT whipping cream, cuma ada fresh cream/non-dairy whipping cream. Pula tu sudah dipukul kaku (baki decoo kek sebelum ni). Sebab kek ni guna kaedah meringue dan bukannya masukkan keseluruhan (sebiji-sebiji) telur sekali gus dalam adunan, masa bakar tu tak jadi masalah. Adunan cream cheese pun jadi lebih gebu dan ringan, dan kek tak turun secara mendadak bila tengah sejuk.


***Sebelum ni ada cuba resepi lain, guna fresh cream yang dah dipukul kaku untuk gantikan whipping cream (yang sepatutnya masih dalam bentuk cecair). Dalam resepi tu ada tulis, masukkan telur sebiji demi sebiji, tanpa asingkan putih dan kuning telur. Kemudian masukkan whipping cream (yang masih dalam bentuk cecair). Dan ku gantikan dengan fresh cream yang dalam bentuk kaku. Hasilnya? Kek naik semasa tengah masak dan turun secara mendadak tak lama kemudian dalam oven. Contoh kek ada di sini.


***Kesimpulannya, nak ganti whipping cream dengan fresh cream boleh, cuma tengok resepi dulu. Kalau resepi tu guna kaedah meringue (putih dan kuning telur diasingkan dulu), boleh guna fresh cream yang sudah dipukul kental/kaku untuk gantikan whipping cream. Tak jadi masalah sebab udara dalam meringue akan sebati dengan fresh cream yang dipukul kental/kaku tadi. Kalau resepi menyatakan guna whipping cream( dalam bentuk cecair), boleh gantikan dengan fresh cream yang dalam bentuk cecair (bukan bentuk kental). Tak pun ganti dengan yoghurt je, sebab tujuan guna whipping cream/fresh cream/yoghurt/sour cream/dll. terutama dalam cheesecake serta menggunakan kuantiti yang banyak adalah sebagai thickening agent (agen pemekat). Kalau resepi cuma guna 2-3sb je rasanya tak ada masalah ganti dengan susu segar/sejat, cuma adunan mungkin lebih cair nanti.

Sunday, May 15, 2011

soft cheese cake

Bahan-bahan ( 8-inci )



Bahan A:


250g cream cheese


50g butter


100 ml susu segar (fresh milk)


6 biji kuning telur


1 sdb jus lemon


1/4 sdk garam


60g tepung kek / tepung superfine


20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)


Bahan B:


140g gula (granulated sugar)


6 biji putih telur


3/4 sdk jus lemon


Cara-cara 1.Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj). 2.Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). 3.Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek. 4.Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje). 5.Ni kek yg baru siap bakar, ter-over golden brown sket hihi (oven buat hal jap, signal kena beli oven baru kot adehhh kantoiii).

Tuesday, March 22, 2011

bake cream cheese

Bahan A :



250g cream cheese

50g butter

100ml susu segar

6 biji kuning telur

3sb jus lemon

1/4 sudu kecil garam

60g tepung kek / tepung superfine

20g tepung jagung



Bahan B :

140g gula kastor

6 biji telur putih

3/4 sudu kecil jus lemon



Cara-cara :



1) Cairkan cream cheese, butter, susu - double boil. Ketepikan dan biarkan sejuk.



2) Campurkan tepung gandum, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon dalam adunan cheese. Gaulkan sebati.



3) Dalam bekas lain, pukul putih telur dan jus lemon hingga berbuih. Tambah gula dan pukul sampai meringue / adunan bertanduk.



4) Campur adunan bahan A dalam adunan bahan B. Kacaukan sebati guna spatula.



5) Tuang dalam loyang yang sudah dilengserkan dengan marjerin dan dilapis kertas baking.



6) Bakar kek pada suhu 160 degrees C lebih kurang dalam 1 jam< 35 min hingga 40  160-170 deg menggunakan kaedah 'bain-merie' - water bath.

Monday, March 7, 2011

mango cheese cake

non-bake mango cheesecake

light & smooth like mousse texture. this is the nicest non-bake cheesecake i ever made.
Ingredients: (18cm square pan)
Base:
50g digestive biscuit crumbs
50g oreo biscuit crumbs
40g melted butter
 Filling:
200g cream cheese
1 tbsp rum
1 tbsp lemon juice
55g sugar
200g mango puree
1 tbsp gelatin
3 tbsp boiling water
200ml whipping cream (whipped)
2 tbsp icing sugar

1 mango (cubed)

Mango puree topping:
100g mango puree
2 tsp gelatin
3 tbsp boiling water



A tablespoon is 15 ml


A teaspoon is 5 ml

therefore 2 tablespoons is equal to 6 teaspoons


Method:

1. Toss cake base ingredients into melted butter and press firmly on to base of cake pan. Chill in the fridge for use later.

2. Whip whipping cream with 2 tbsp icing sugar till about 70% stiff or mousse state, keep chilled.

3. Dissolve gelatine powder in 3 tbsp boiling water. Keep warm but not hot for use later.

4. Cream cheese, sugar, lemon juice and rum together till smooth and creamy.

5. Add the warm gelatin solution to mango puree and blend well.

6. Stir mango mixture into cheese mixture and combine till well mixed. Blend in the whipped cream. Stir in the cube mango pieces (optional).

7. Pour cheese mixture onto cake base and chill for at least an hour.

9. Dissolve gelatin powder with 2 tbsp boiling water and stir this into mango puree. Pour topping gently onto chilled cheesecake. Chill for at least 3 hours before serving.

Friday, January 15, 2010

tiramisu


Bahan A
20 sponge finger 284ml double cream
500gm mascarpone cream
1/2 cawan gula icing
3 sudu besar esen vanilla

Bahan B
3 sudu besar nescafe
1 sudu besar coffee
1 sudu besar serbuk coklat
air suam tuk melarutkan bhn B

Bahan C
Serbuk coklat utk taburan setiap lapisan

CARA:
1. Pukul double cream hingga kental (stiff peak)
2. pukul mascarpone cream, gula icing,dan esen vanilla hingga sebati
3. gabungkan adunan double cream dgn adunan mascarpone tadi hingga sebati
4. Campur Bhn B dgn air,kacau hingga larut
5. masukkan biskut tadi ke dlm adunan Bhn B tadi,celup dan angkat - JGN RENDAM LAMA.nanti biskut hancur.masukkan ke dlm bekas tiramisu
6. lapiskan setiap lapisan dgn adunan tiramisu tadi,hingga menutupi biskut dan taburkan serbuk coklat di setiap lapisannya dgn menggunakan penapis teh
7. siap di hidang selepas 8 jam di dlm peti ais utk rasa lebih sedap.paling kurang 5 jam."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terima kasih atas kunjungan semua