Thursday, June 16, 2011
cheese cake
Bahan base biskut:
100g biskut marie, dihancurkan (ku guna 80g oreo diblend sampai hancur dalam blender rempah)
100g butter, dicairkan (ku guna 40g je. Kalau guna 80g juga macam terlalu berminyak)
*Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.
Bahan cream cheese:
250g cream cheese, suhu bilik
65g whipping cream (ku guna fresh cream yang sudah dikocok kaku. Kes baki deco kek sebelum ni)***
30g gula kastor (ku kurangkan jadi 20g)
3 kuning telur Gred A
1/2st esen vanila
1/2st jus lemon/lemon oil (ku guna limau kasturi)
30g gula kastor
3 putih telur Gred A
1/4st cream of tartar (optional)
200g blueberry filling (ku terpaksa guna buah samak sal stock blueberry
abis
gelatin halal
sedikit air panas
Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. (kalau base biskut menggelembung sedikit, ratakan balik dengan belakang sudu).
2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana (ku guna whisk telur je).
2. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.
3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Pastikan tiada walaupun secubit/setitik pun kuning telur atau minyak dalam putih telur sebelum memukul. Kalau tak 'meringue'- nama putih telur yang dipukul kaku ini- tak jadi. Kalau ada sedikit kuning telur, boleh dibuang dengan sudu).
4. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese (stage ini boleh kasar sikit sampai tak nampak jalur/streaks putih telur). Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar (kalau tak nanti nampak lubang-lubang di atas atau di dalam kek bila sudah masak)
6. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah) untuk 1 jam (ku buat 55 minit, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan)
7. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.
Bila nak gantikan whipping cream dengan fresh cream atau yoghurt?
***Masa ni ku tak ada stok UHT whipping cream, cuma ada fresh cream/non-dairy whipping cream. Pula tu sudah dipukul kaku (baki decoo kek sebelum ni). Sebab kek ni guna kaedah meringue dan bukannya masukkan keseluruhan (sebiji-sebiji) telur sekali gus dalam adunan, masa bakar tu tak jadi masalah. Adunan cream cheese pun jadi lebih gebu dan ringan, dan kek tak turun secara mendadak bila tengah sejuk.
***Sebelum ni ada cuba resepi lain, guna fresh cream yang dah dipukul kaku untuk gantikan whipping cream (yang sepatutnya masih dalam bentuk cecair). Dalam resepi tu ada tulis, masukkan telur sebiji demi sebiji, tanpa asingkan putih dan kuning telur. Kemudian masukkan whipping cream (yang masih dalam bentuk cecair). Dan ku gantikan dengan fresh cream yang dalam bentuk kaku. Hasilnya? Kek naik semasa tengah masak dan turun secara mendadak tak lama kemudian dalam oven. Contoh kek ada di sini.
***Kesimpulannya, nak ganti whipping cream dengan fresh cream boleh, cuma tengok resepi dulu. Kalau resepi tu guna kaedah meringue (putih dan kuning telur diasingkan dulu), boleh guna fresh cream yang sudah dipukul kental/kaku untuk gantikan whipping cream. Tak jadi masalah sebab udara dalam meringue akan sebati dengan fresh cream yang dipukul kental/kaku tadi. Kalau resepi menyatakan guna whipping cream( dalam bentuk cecair), boleh gantikan dengan fresh cream yang dalam bentuk cecair (bukan bentuk kental). Tak pun ganti dengan yoghurt je, sebab tujuan guna whipping cream/fresh cream/yoghurt/sour cream/dll. terutama dalam cheesecake serta menggunakan kuantiti yang banyak adalah sebagai thickening agent (agen pemekat). Kalau resepi cuma guna 2-3sb je rasanya tak ada masalah ganti dengan susu segar/sejat, cuma adunan mungkin lebih cair nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment