Monday, October 22, 2012

MACAROON WITH BLUE BERRIES N STRAWBERRIES FILLING...WALLAH!



                                                       jom minum dulu!!

selamat pagi teman!! rasanya dah lama tak mengupdatekan blogger ni. well kali ni nak pamirkan hasil kerje tangan membuat macaroon yg dah lama tak buat. ingatkan kali buat mesti tak jadi  ...biasa lah tapi kali ni memang betul2 jadi .cantik!



kali ni try cara italian cuma kite tak pakai thermometer kite pakai cara mixing gula dgn telor di panaskan bersama .panaskan di atas air yg panas supaya gulanya cepat larut . lepas tu baru di pukul sampai kembang. ok lah jom kite lihat apa bahan2nya untok membuat mac ni .kebetulan di dlm rancangan suria ada buat mac ni ,teruja lepas tengok cara2 diorg tu membuat mac yg cantik sekali ...cam senang jer heheheheheh  recepinya kite adopt dari siri vanila.

WHITE CHOCOLATE VANILLA MACAROONS

Bahan-Bahan (Campuran Kacang Almond)
150gm Badam (dikisar)
150gm Gula aising
55gm Putih telur
1 Pod vanila
Bahan-Bahan (Italian Meringue)
150gm Gula
37gm Air55gm Putih telur

Bahan-Bahan (Chocolate Ganache)
200gm Krim whipping bukan tenusu
250gm Dark chocolate couverture

Cara-Caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160C.
2. Campurkan kacang almond yang dihiris bersama gula aising dengan menggunakan mesin pengisar makanan, sehingga halus.
3. Buka vanilla pod dan keluarkan biji dan campurkan ke dalam campuran kacang tadi.
4. Masukkan bahagian putih telur yang pertama ke dalam campuran kacang tadi, dan kacau menggunakan spatula. Ketepikan.
5. Bagi adunan Italian Meringue, masukkan ke dalam mangkok adunan dan kemudian campurkan putih telur yang sebahagian lagi. Pukul pada kadar kelajuan yang rendah sehingga kembang sedikit.
6. Di dalam periuk kecil, campurkan air dan gula kaster. Biarkan ia masak sehingga mencecah 116C. Tuangkan sirap gula ke dalam campuran meringue tadi dan pukul pada kadar kelajuan sederhana.
7. Terus pukul pada kadar kelajuan sederhana sehingga meringue sejuk pada sekitar 50C, dan kelihatan seperti berkilat.
7a.untok gula dan telor kite panaskan di atas air panas mendidih kalau sampai gulanya larut kemudian pukul telor dan gula tu sampai kembang atau menjadi meringue..my style
8. Campurkan meringue ke dalam adunan kacang yang dikisar tadi dengan menggunakan spatula.
9. Apabila meringue telah sebati dengan campuran kacang tadi, adunan sepatutnya menjadi kilat. Jangan kacau berlebihan untuk elakkan adunan menjadi cair.
10. Masukkan adunan ke dalam beg piping, dengan menggunakan muncung yang bulat. Dulang pembakar dialaskan dengan kertas parchment ataupun gunakan silicon mat. Tekapkan adunan ke atas dulang pembakar.
11. Setelah itu, dulang diketuk sedikit untuk mengeluarkan udara berlebihan di dalam adunan. Biarkan dulang di luar selama 30minit agar kulitnya menjadi keras
12. Masukkan adunan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan dan bakar selama 10 sehingga 15 minit dgn kepanasan 100`dgr C
13. Biarkan macaroon sejuk pada suhu bilik sebelum diisi dengan ganache.
14. 13. Untuk menghasilkan ganache, mendidihkan krim dan tuangkan ke atas dark chocolate di dalam mangkok.
15. 14. Gaul sehingga sebati, sejukkannya dahulu di dalam peti sejuk sebelum dimasukkan ke dalam macaroon.

untok ganachenya kite pakai style lain ...recepinya amat mudah sekali dan texturenya plak kite suka ...tak cair



Blueberry Compote Italian Buttercream

adopt at http://nasilemaklover.blogspot.sg

(fills 50 macarons)
100g blueberries
1 tbsp caster sugar
lemon juice (to taste)

36g egg white (1 egg white)
70g caster sugar
15ml water
120g butter
pinch of salt

Method
1. Place blueberries, sugar and a squeeze of lemon juice into a pot. Let it cook for 2-3 minutes. Taste. Let it cool.
2. To make the Italian Buttercream, first cut butter into knob sizes and let it chill in the fridge until ready to use.
3. In a pot, add in caster sugar and water. Bring to a temperature of 118 C. When the temperature reaches 110 C, whisk the egg whites in a mixer. By the time the sugar reaches 118 C, the egg white should be in medium peaks. Gradually stream in the sugar syrup while the mixer is still on medium speed whisk.
4. Whisk till it’s somewhat glossy and that the bowl is not so hot, remove the butter from fridge. Add in a knob into the mixer (while the whisk is still running) one at a time. If you add the butter when the meringue is still very hot, it turns soupy. If you add in the butter when the meringue is cold, you get a split buttercream. After all the butter has been added, whisk for another further 2-3 minutes. If it’s still warm, chill in the fridge for 5 minutes before you whisk it up again.
5. The buttercream should be glossy and buttery. Now, add in the blueberry compote.
6. Pour buttercream into a piping bag and start piping dollops of creamy buttery goodness on the macaron shells.
7. Sandwich with another macaron shell, ligtly press it to secure. Then arrange them on a tray or plate or container and let it rest in the fridge, preferably overnight. It taste much better the next day

so boleh lah kite pakai buah2 yg lain selain dari blue berries ni ...macam durian , kiwi,strawberries dan macam2 jenis buat terutama yg masam2 jadi boleh lah kite elakkan rasa mac yg terlalu manis tu.atau pun peanut butter pun boleh ...sedap tau rasa masin2 manis hehehehe ...itu yg dikatakan oleh hubby kite ..jom try!!

                                                                                                            

Thursday, October 11, 2012

CLEARING STOCK.....SILK WORM TART tart nenas

assalammualaikum wahai teman2 yg di kasihi walau hanya saja2 menjengah jer :) terima kasih banyak2 .


terasa rindu kerana tak mengupdatekan blog ni ...biasa lah kite ni terlalu bz jer heheheheh .hari ni takder rancangan apa2 walau hari ni tak berkerje .

hari ni saja nak updatekan gambar kueh tart ...menghabiskan stock raya puasa kelmarin ...saja untok  buat makan petang .









recepi ni di ambil dari recepi kawan kat kerje ...siti rubiah ,thanks ye siti memang sedap lembut2 texture kulit tart ni .



bahan2nya

500g butter salted
50g minyak sapi 1 biji telor + 1 kuning telur
perwarna kuning kalau nak 1 kilo tepung
sedikit chocolate chip wat hiasan

cara2nya
semua adunan di campur sampai menjadi doh lau di citak atau di gulung ikut suka bentukkan ikut suka ..kite buat seperti ulat sutra ...cantikkan?

ok lah sampai di sini kite kene gerak sekarang nak sambong kemas rumah ...sambil buat kueh bulan lagi untok pemintaan kakak ipar farhana dan anak sedara shafiah yg kebetulan nanti raya haji balek sg ..bye   assalammualaikum!!!










Tuesday, October 2, 2012

PUTRI SALAT @ seri muka


selamat berjumpa lagi kali ini recepi yg famili gemari ...putri salat aka seri muka .rasanya dah banyak buat kueh ni tapi biasa lah belah toppingnya tak berapa  menarik  ..kekadang lembik dan kekadang terlalu keras ...yg ni sedang2 aje ...sedang2 aje heheheheh...jom! lihat recepi nya kite pakai hana memories...thanks ye hana sharing the recepi ni ...memang secocok dgn tekak kite ni  ..kureng manis :)




recepi dari hana`s family

Bahan-bahan
Lapisan Bawah

250g beras pulut - rendam semlman
1/2 sk garam

170ml santan cair
Daun pandan simpul....stock takder
1/2sk gula -

Cara-cara
Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar. (hana guna tips kak.hanieliza gunakan loyang spring form dan alas dengan plastik wrap)


Bahan-bahan

Lapisan Atas

150g isi durian * optional
125g gula...kite pakai 65g jer
3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat (hana buh 200ml santan pekat + 175ml air)
secubit garam
Sedikit pewarna biru




Cara-cara
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.







gambar ni di petik dua hari yg lalu ..masa bawa raiyaan dan soleha ke tuti frutti



*untok bancohan yg tiada durian ...kite pakai blend jer semua lepas tu tapis atas adunan pulot yg sudah masak

 ok lah setakat kali ini recepi kali ini  ..lain kali recepi yg lain pula ye ...chaow!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terima kasih atas kunjungan semua