Bahan-Bahan 1 kg mee kuning } 500 gm taugeh }...... dicelur bila hendak dihidangkan Beberapa biji telur rebus - dibelah dua 2 atau 3 pokok daun salad - dihiris Beberapa biji limau kasturi - dibelah dua Lada hijau - dihiris Daun sup daun bawang - dihiris Bawang goreng 2 keping tahu digoreng, kemudian dihiris
Bahan-Bahan Untuk Kuah 250 gm udang hidup direbus dgn 600 ml air dan air rebusan jangan dibuang. 250 gm udang geragau rebus atau ikan bilis direbus 50 gm kelapa parut putih 15 tangkai lada kering } 8 ulas bawang merah } 8 ulas bawang putih } dikisar 1/2 cawan tepung gandum dikacau rata dgn 1 cawan air 1 cawan minyak untuk menumis 6-7 cawan air garam, gula
Cara:
Udang rebus, udang geragau rebus atau ikan bilis rebus serta kelapa parut , dikisar halus dengan sedikit air rebusan udang. Setelah dikisar masukkan dalam mangkuk dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan rempah kisar sehingga garing. Kemudaian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan air. Masak hingga mendidih, masukkan adunan tepung, kacau rata. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa.
Semasa menghidang, letakkan mee dalam pinggan dengan taugeh diatasnya. Tuangkan kuah dan hiaslah dengan bahan taburan.
MEE MAHDIN (2) (sumber : Puan Hjh Asfiah) Bahan-Bahan
600 g mee kuning, dicelur dan ditoskan 300 g taugeh, dibuang akarnya dan dicelur serta ditoskan 5 biji lada merah, dihiris 5 biji lada hijau, dihiris 250 g daun salad, dihiris 3 keping tahu, digoreng setengah masak & dipotong kecil-kecil 5 biji telur ayam, direbus dan dibelah empat 2 sudu makan tepung gandum 1/4 biji kelapa parut, diperah 300 ml pati santannya 600 ml air sejuk garam secukup rasa
Bahan-bahan (A):
(Digiling hulus, berasingan) 5 biji lada merah 5 biji lada hijau 300 g udang geragau basah 1/4 biji kelapa parut yang dibuang kulit arinya
Bahan-bahan (B):
(Dihiris halus dan digoreng garing) 12 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih
Cara:
1. Campurkan bahan-bahan A di dalam periuk. Tambah 600 ml air sejuk serta garam secukup rasa. Kacau rata-rata. Jerang di atas api yang perlahan. Bubuh pula tepung gandum dan santan, dikacau lagi lalu dibiarkan mendidih.
2. Untuk menghidangkannya, bubuh sedikit mee dan taugeh di dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya. Daun salad, tahu, lada merah, bawang goreng, lada hijau dan telur ditabur di bahagian atasnya.
|