Friday, August 6, 2010

bingka roti

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor
100 g mentega, dicairkan
1/2 camca teh garam
300 g roti putih, didadu
200 g tepung gandum
1 liter santan (atau 500 ml santan + 500 ml susu cair)
200 g jangung krim dalam tin

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terima kasih atas kunjungan semua