Wednesday, November 30, 2011

JALAN2 HAVING FUN...SOLEHA N DE GENG

 selamat berjumpa lagi.gamat bawa budak2 ni ke hubourfront ada yg melonjak lah berlari lah ish macam2 kerenah diorg ni ....ingatkan nak ke kebun bunga masa tu tapi oleh kerana hujan lebat bila kami sampai di circleline kebun bunga jadi kami terpaksa tukar rancangan. jadi kami bawa bebudak tu ke hubour front tu je untok mengelakkan bebudak tu kene hujan katakan.


posing dgn gajah2 yg di pamerkan di tempat itu 



posing plak kat taman ..masa ni hujan dah takder

posing plak depan kedai heheheh

kueh kegemaran hubby putri salat 



SERI MUKA PUTERI SALAT 
resepi: nanasham@myresepi.com @shima uk fotopages

Bahan lapisan bawah:- 
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak

Bahan lapisan atas:- 
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

CARA MEMBUAT:
1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
6. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Untuk lapisan atas:-
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2. Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4. Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam...
.
PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...
 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terima kasih atas kunjungan semua