Wednesday, November 30, 2011

JALAN2 HAVING FUN...SOLEHA N DE GENG

 selamat berjumpa lagi.gamat bawa budak2 ni ke hubourfront ada yg melonjak lah berlari lah ish macam2 kerenah diorg ni ....ingatkan nak ke kebun bunga masa tu tapi oleh kerana hujan lebat bila kami sampai di circleline kebun bunga jadi kami terpaksa tukar rancangan. jadi kami bawa bebudak tu ke hubour front tu je untok mengelakkan bebudak tu kene hujan katakan.


posing dgn gajah2 yg di pamerkan di tempat itu 



posing plak kat taman ..masa ni hujan dah takder

posing plak depan kedai heheheh

kueh kegemaran hubby putri salat 



SERI MUKA PUTERI SALAT 
resepi: nanasham@myresepi.com @shima uk fotopages

Bahan lapisan bawah:- 
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak

Bahan lapisan atas:- 
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

CARA MEMBUAT:
1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
6. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Untuk lapisan atas:-
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2. Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4. Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam...
.
PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...
 




Monday, November 28, 2011

MAJLIS DI PUTRAJAYA 20.11.2011


wajah2 di majlis kawin di putrajaya. suasananya agak meriah macam di sg ..ini yg pertama mereke buat di putrajaya.selalunya mereke akan buat di kampong jer senang untok kekawan atau sedara mara yg dudok di kampong untok dtg ke majlis tu. oleh kerana yg kawin tu  anak sedara so mesti lah kawan2nya ingin hadir di majlis tu so rasa2 sebab tu majlis ni di buat di bandar jer. untok ke sini pun tak lah susah sangat boleh naik kerete atau bus .untok kami bagus juga bleh dtg hari tu juga balek pun bleh hari tu juga ...senangkan :)setengahari dah sampai.harap2 majlis yg akan dtg pun cam ni juga bleh lah kami sama2 meraikannya nanti.

Sunday, November 27, 2011

20.11.2011 ....

 dalam sejarah jatohnya hari jadi hubby ..ingatkan nak sambut bersama .siapkan sebiji kek sambut bersama anak2 kat rumah.ambil off pada hari tu tapi syg semuanya tak menjadi ...kek tak siap itu pun separoh jln.aus plak merayap dgn kekawannya balek plak jauh mlm .perlu attend majlis kat putrajaya pada hari tu.so buat sambut awal secara sederhana pada 19 nov tu dgn apa yg ada ...suroh anak yg besar tu beli kek yg kecik  kat northpoint sebelom bertolak ke putrajaya.jadi yg ada kat rumah soleha ,tuti dan nurra je ..sambut hari jadi hubby yg ke 52 tahun....happy birthday hubby sorry to celebrates like this ..may be next year we will celebrates with more joys full with de other .hope u like ...i love u 




.satu2nya dessert di hari jadi hubby kelmarin ..selepas ishak kami bergegas cepat2 untok ke putrajaya untok menghadiri majlis kawin anak sedara di putrajaya.

1


Thursday, November 24, 2011

SEHARI DI PUTRAJAYA - FRUITS N WALNUT MUFFIN


kelmarin kami pergi ke putraja menhadiri mjlis kawin anak sedara yg duduk di kajang .ayahnya sepupu dgn ku datoknya adik beradik dgn ayah ku..kami pergi ke sana pada hari sabtu malam minggu oleh kerana ku cuma ada dua hari jer off  day kebetulan sabtu dan minggu tu memang hari tak kerje  kebetulan hubby pun tak kerje kedua2 hari tu maka aku, hubby,nurra dan soleha pergi ke sana bersama kakak ku sariah dan umairah di putrajaya baru berconvoy bersama abg ku shafie dan anak2nya serta kakak ku halimah  yg dudok di kampar bersama anaknya fadli..isteri anak sedara tak dapat hadir kerana menduduki peperiksaan .seronok juga jalan ramai2 macam ni macam suasana raya pula.
sebelom ke putrajaya sempat juga aku buat sebiji kek untok hubby kebetulan esoknya jatoh hari jadi nya yg ke lima puloh dua tahun. aku buatkan kek velvet biru  kebetulan tengok2 kat website kegemaran ku http://www.bisousatoi.com apa lagi aku try lah walau hasilnya tak lah secantik yg cik rima buat tapi aku puas hati .ingatkan nak lah celebrate sebelom ke putrajaya tapi keadaan tak mengizinkan. so terpaksa lah ku simpan dlm peti sejok dulu .nanti bila balek dari sana baru lah kami raikan sesama nanti di rumah.nanti edisi akan dtg akan ku pamerkan gambar kek veklvet biru tu ye wat masa sekarang kite ronda2 kat putrajaya ok :)

setiba kami di putrajaya suasana dan cuaca cukop baik ..terang dan dan tiada tanda2 nak hujan.di sana kami pergi ke tempat majlis tu dgn menaiki bus saja jadi boleh lah kami cuci mata sambil tengok tempat2 yg di lalui bus tersebut sebelom sampai ke prenstit diplomatik..best juga tempat suasana di jln diplomatik tu sunggoh menarik tenang dan santai sekali .tak macam di sg...   hiruk pikok mana2 ramai org ok lah walau tempat ni tak lah berapa besar tapi menarik untok bersantai sambil minum segelas air bergas atau minum secangkir kopi panas dan sekeping kek banyak juga restaurant kat situ .

si sini ku lapirkan recepi muffin yg ku buat selepas balek dari putrajaya .kebetulan tekak ni nak makan muffin setelah terjumpa satu nota recepi yg anak2 ku nak buang kebetulan terjumpa keratan kertas recepi muffin tu di lantai sebelom di buang ke dalam tong sampah  :)

FRUIT N WALNUT MUFFIN
Ingredients
100 g plain flour
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp baking powder
pinch of salt
1/4 tsp ground cinnamon(optional)
2 strawberries
2 tbsp blueberries
75 g granulated sugar
1 small egg lightly beaten
1 tbsp butter melted
1 tbsp coarsely chopped walnuts(optional)




Method
1.Line a muffin tray with muffin cups or grease lightly with butter.
2.Sift the flour, baking powder, baking soda, salt, cinnamon, strawberries in to cubes and blueberries into a large bowl.
3.In another bowl, add sugar egg and butter.
4.Stir the flour mixture and walnuts into the sugar egg and butter mixture until combined.
5.Scoop the mixture into the muffin tray.
6.Bake in preheated oven at 160C on mode fan on the middle shelf for 20mins or till golden brown.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terima kasih atas kunjungan semua